Terima kasih kerana mengunjungi Laman
Tukar Barang ini. Laman ini dibina khusus untuk mereka yang ingin
menukar barang dengan barang yang lain.
Setiap pengguna mestilah mendaftar terlebih dahulu sebelum dapat
menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Selain menukar barang, ahli
juga boleh menjual barang dalam laman web ini.
Ahli yang ingin menukar barang dengan
pemilik barang yang lain, boleh la mendapatkan email daripada pemilik
barang tersebut. Pihak kami tidak akan terlibat dalam urusniaga tukar
barang atau jual beli tersebut.
Pihak kami juga telah menetapkankan terma
& syarat tertentu. Oleh itu, baca dahulu terma dan syarat sebelum
bersetuju untuk menjadi ahli dalam laman web ini.
- Pihak kami tidak akan menanggung sebarang kerugian yang di alami
oleh pihak anda semasa menggunakan perkhidmatan yang disediakan.
- Anda di nasihati agar berhati-hati, semasa menjalankan urusan
tukar barang mahupun jual beli.
- Sekiranya terdapat barang yang menyalahi undang-undang negara,
pihak kami akan menyekat barang tersebut daripada dipaparkan di
laman ini.
- Pihak kami juga tidak akan teragak-agak untuk melaporkan kepada
pihak berkuasa sekiranya terdapat barang yang menyalahi undang-undang.
- Sila pastikan anda mengisi borang pendaftaran dengan betul, pihak
kami akan menyemak borang anda. Sekiranya, terdapat penipuan, pihak
kami akan menyekat anda daripada menggunakan laman kami.
|